Subscribe RSS


Kami adalah salah satu organisasi di Malaysia yang memberikan perkhidmatan rundingcara peribadi secara PERCUMA kepada waris. Apabila berlaku kematian kepada pelanggan, waris hanya perlu menghubungi Wasiyyah Shoppe melalui TELEMEDINA 03-21696327 dan kami akan menghantar wakil bertemu waris di rumah pada bila-bila waktu tidak kira siang atau malam, 7 hari seminggu termasuk hari Sabtu, Ahad atau cuti umum di mana-mana sahaja di seluruh Malaysia dari Perlis sehinggalah ke Johor.
Waris tidak perlu mengambil cuti pada hari bekerja atau datang beramai-ramai ke pejabat Wasiyyah Shoppe kerana Wasiyyah Shoppe yang akan hadir ke rumah bertemu waris untuk menguruskan segala urusan yang berkaitan dengan proses tuntutan harta pusaka si mati.
Pastinya yang lebih hebat ialah kerana perkhidmatan yang bernilai RM 400 sejam ini, diberikan secara PERIBADI DAN PERCUMA kepada waris. Anda pastinya tidak akan mendapat layanan peribadi sebegini kecuali jika ibu / bapa anda antara orang yang terkaya di Malaysia !
JADI, APA YANG PERLU ANDA LAKUKAN SEKIRANYA ANDA BERMINAT UNTUK MENDAPATKAN PERKHIDMATAN INI? HUBUNGILAH TELEMEDINA ditalian 03-21696327 DAN KAMI AKAN MENGHANTAR WAKIL KAMI BERTEMU ANDA.

Hari ini kita bekerja bertungkus-lumus mengumpulkan harta dan kekayaan seperti wang tunai yang kita simpan di akaun simpanan di bank, ASN, ASB, akaun pelaburan saham amanah yang lain, akaun di Lembaga Tabung Haji dan sebagainya. Kita juga telah berusaha gigih membeli hartanah seperti rumah, kondominium, apartment dan tanah. Untuk siapakah harta-harta ini hendak kita tinggalkan ? Pastinya untuk insan tercinta seperti anak-anak dan pasangan. Malah mungkin juga untuk individu tertentu yang kita sayangi seperti anak angkat, cucu, anak saudara dan sebagainya.

Tetapi tahukah anda……

Harta-harta yang anda tinggalkan ini mungkin TIDAK AKAN DITERIMA sepenuhnya oleh orang yang anda kehendaki ? Tahukah anda bahawa apabila seorang rakyat Malaysia beragama Islam meninggal dunia, ada 3 cabaran utama yang perlu dilalui oleh waris-warisnya ?

Cabaran Pertama
Proses pengurusan harta pusaka sering mencetuskan perbalahan dan rasa tidak puas hati di kalangan waris-waris. Bezanya, sama ada perbalahan itu adalah perbalahan yang besar sehingga putus saudara / berbunuhan atau perbalahan kecil yang hanya melibatkan perasaan kecil hati atau tidak puas hati.


Mahukah anda keadaan ini berlaku kepada waris anda ? Anda yang sudahpun di alam barzakh mengharapkan belas kasihan dari waris untuk mendoakan roh anda tetapi waris anda di atas mukabumi sedang sibuk bercakaran di antara satu sama lain kerana merebutkan harta yang anda tinggalkan !


Cabaran Kedua
Anda fikir waris anda boleh bermuafakat dan boleh bertolak-ansur maka perbalahan tidak akan berlaku. Mungkin benar, tetapi tahukah juga anda bahawa walaupun mereka tidak berbalah, tetapi apabila mereka ingin menuntut harta pusaka yang anda tinggalkan, mereka tetap mengalami kesulitan kerana mereka perlu melalui proses pengurusan harta pusaka di Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil. Persoalannya, adakah mereka tahu dengan tepat prosedur yang mesti dilalui?
Kajian rambang kami menunjukkan 99 % waris tidak tahu ke mana harus mereka pergi dan apa yang perlu mereka buat. Adakah waris anda juga jatuh dalam golongan ini?
Mahukah anda meninggalkan waris anda terkial-kial mencari arah dan panduan bagi menuntut harta pusaka yang anda tinggalkan ?

Cabaran Ketiga
Oleh kerana proses yang perlu dilalui rumit dan melibatkan kedua-dua Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil, jika waris anda tidak tahu strategi yang tepat, mereka terpaksa membayar kos pengurusan harta pusaka yang mahal.
Tahukah anda bahawa Akta Probet dan Pentadbiran 1959 memberikan hak kepada orang atau institusi yang menguruskan proses tuntutan harta pusaka untuk mengenakan caj sehingga 5 % dari nilai harta pusaka ? Tahukah juga anda bahawa kos ini tidak termasuk kos buka fail, kos guaman, kos carian, kos rampaian dan pelbagai kos-kos yang lain. Bayangkan, jika caj 5 % dikenakan dan anda meninggalkan harta bernilai RM 1 juta, kos pengurusan harta pusaka yang terpaksa ditanggung oleh waris anda ialah RM 50,000 !

Walaupun demikian, sekiranya anda menikmati manafaat produk pengurusan harta pusaka Wasiyyah kami, ketiga-tiga cabaran ini dapat diatasi dengan mudah. Hubungi TELEWASIYYAH 03-21696327 untuk mendapatkan maklumat lanjut

Category: | 0 Comments
TELEMEDINA 03 21696327
ANDA INGINKAN MATLUMAT LANJUT DAN INGIN MENANYAKAN SOALAN,
SILA KLIK PADA GAMBAR DIBAWAH

KLIK DISINI